Saturday, July 25, 2009

TRIP jenguk2 PULAU GAJAH - Ogos '09



TRIP terbaru pada 01 & 02 Ogos 2009. (Sabtu - Ahad) yang lalu menjadi penutup tirai sempena bulan puasa yang bakal menjelang. Trip yang disasarkan ke Teluk Penyabong pada saat akhir telah ditukar ke Pulau Setindan, Mersing. Dan atas beberapa faktor keselamatan kerana angin kuat ketika kami sampai di jeti Mersing, Kapitan Bot telah mencadangkan Pulau yang dibalik pulau dimana geloranya kurang dan kawasannya cantik. Maka kami seramai 9 orang kesemuanya telah ke PULAU GAJAH, Mersing. Nyata ia pengalaman yang menarik... cuma kami kesuntukan masa kerana sampai di Pulau pada jam 7.00 malam dan keesokan harinya Kapten bot datang pada sebelah pagi lebih kurang 10.30 pg... Jadi masa yang ada sebaik tiba di pulau tersebut kami gunakan sebaik-baiknya. Kameraman pun x ada banyak masa nak snap sana-sini... tapi puas hati pokcik...pakcik puas... puas hati... apa yg puas?... hanya En. Razi kita yg leh jawab soalan tu... walaupun bukan dia yg dapat ikan kaci 2 kilo tu..... nak tau?... tungguuuu...........................


3 comments: