Saturday, July 25, 2009

TRIP jenguk2 PULAU GAJAH - Ogos '09



TRIP terbaru pada 01 & 02 Ogos 2009. (Sabtu - Ahad) yang lalu menjadi penutup tirai sempena bulan puasa yang bakal menjelang. Trip yang disasarkan ke Teluk Penyabong pada saat akhir telah ditukar ke Pulau Setindan, Mersing. Dan atas beberapa faktor keselamatan kerana angin kuat ketika kami sampai di jeti Mersing, Kapitan Bot telah mencadangkan Pulau yang dibalik pulau dimana geloranya kurang dan kawasannya cantik. Maka kami seramai 9 orang kesemuanya telah ke PULAU GAJAH, Mersing. Nyata ia pengalaman yang menarik... cuma kami kesuntukan masa kerana sampai di Pulau pada jam 7.00 malam dan keesokan harinya Kapten bot datang pada sebelah pagi lebih kurang 10.30 pg... Jadi masa yang ada sebaik tiba di pulau tersebut kami gunakan sebaik-baiknya. Kameraman pun x ada banyak masa nak snap sana-sini... tapi puas hati pokcik...pakcik puas... puas hati... apa yg puas?... hanya En. Razi kita yg leh jawab soalan tu... walaupun bukan dia yg dapat ikan kaci 2 kilo tu..... nak tau?... tungguuuu...........................


Tuesday, July 7, 2009

TRIP TELUK BUIH - Jun'09

Buat Kali ke-tiga kami menyusuri denai, onak dan duri (duri semalu), mendaki gunung (bukit jer sebenarnye)... membelah lautan (....).. untuk sampai de destinasi pelancongan kami di Teluk Buih, Mersing ini... Aku (Zac) dgn jiran aku (Zali) memang dah berjanji awal-awal untuk trip ni. Cuma lepas tu x ada perkembangan. tup tap lagi sehari nak due, zali jerit kat aku.. wei.. esok bebudak confirm pegi.. cma mgkin ada yg x dpt pg.. camana? katanya... aku agak sedikit terpanjat sbb x ada respons sgt aritu... jd aku kata ok sgt lah tu.. yg sebenonyer esok plan aku agak tight..dgn kerja-kerja urgent yg x ada dlm BQ.. Esoknya selepas berhempas pulah menyiapkan kejer, 10 minit lg kol satu.. wife aku called... 'abg, kol baper kite nk pg jmputan umah Uncle Zin tu...' Laaaa... bru aku igt... ada jemputan la pulok.... berdezup aku tinggalkan opis, balik umah, angkut bini dan anak2 g jemputan kat Taman Laksamana tu.. tgh mkn tu Zali tipon lg... "diorang dh sampai ni..." aku srh tggu, jap lg aku blik... x sempat kau nk pulun abih makan nasik minyak sodap tu, aku balik. amek set pancing aku yg smuanyer setting mancin udang, aku lambakkan kat foyer umah aku... mesin shimano aku semua bukak masuk dlm beg.. joran aku main kaut ajer 4 batang.. termasuk la joran peveret aku 'abu garcia 2 btg..' Alamak... Sam ni ingat ke x nk g mancing ni... aritu beriya sgt nk join... Aku calll Sam... Laaa mamat tu tgh kejer lg... Pling cpat pkl 3 dia blh cabut... aku tgk member2 aku ni tgh karaoke kat umah Zali... waaa.... pendek citer lg... pkl 4 Sam dtg dan kitorang trus cabooot... bukan ke destinasi.. tp ke KipMart daaa... umpan belom beli lg... ration pn x ckp... pendek citer lg.. pkl 5 lebih baru gerak... Tp kitorang x rushing... bwk keter ala-ala Zinadine Zidane gitu... layan kapla.. bukak lagu rock kapak... haha.. smpai kat Fishing Bay Resort tu dah 6.30 ptg.. parking keter je dan trip kami pun bermula dengan trekking.... dan ikuti kisah selanjutnya dalam movieclip yg aku wat ni.......

.......

Jom mancing JOOOOOOM..

Secara rasminya Geng Jomancing telah banyak melakukan aktiviti memancing dari dulu lagi. Namun baru hanya kini setelah wujudnya teknologi digital, baru kami membuat koleksi memancing di dalam blog ini untuk dilayari ahli Jomancing mahupun peminat-peminat dan kaki pancing... dan x lupa juga kepada yang boring x tau nak buat apa, bolehlah mengikuti blog ini untuk menyaksikan aktiviti pancing kami yang x seberapanya ini. Diharap blog ini akan menyemarakkan lagi semangat memancing yang merupakan hobi yang sungguh berfaedah lebih dari hobi termenung... Kami Geng Jomancing mengucapkankan selamat datang dan semoga terhibur dengan gelagat kami yang ntah-ape-ape-entah... Sebagai pendahuluan nantikan trip jomancing kali ke-tiga kami ke Teluk Godek, Mersing, Johor.